Antara kemudahan yang disediakan di Akademi adalah:-
- Pembiayaan yuran pengajian melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan panel bank (tertakluk kepada terma&syarat).
- Kelas teori yang menggunakan peralatan pembelajaran yang canggih dan sistematik.
- Kelas amali seperti kelas bakeri dan kelas pastri menggunakan peralatan yang ekslusif seperti oven, mixer dan sebagainya.
- Kelas masakan barat dan timur, akademi menggunakan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak yang canggih.
- Akademi ada menyediakan Student Centre yang merangkumi pusat sumber dan pusat ICT untuk memudahkan para pelajar mempelajari pelajaran dan mengetahui info-info terkini.
- Akademi juga turut menyediakan asrama yang lengkap dengan kemudahan katil, meja belajar dan dobi bagi setiap pelajar yang belajar di akademi.
- Untuk perancangan kerjaya selepas tamat belajar, pihak akademi akan membuka peluang kepada pelajar untuk bekerja di hotel-hotel terkemuka di seluruh negara dan di tahap yang internasional.
- Berpeluang menjadi usahawan restoran, kafe, katering dan wedding planner.
- Berperluang membuka kiosk perniagaan di kawasan premis yang strategik.
- Berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap SKM Tahap 4(diploma) dan SKM Tahap 5 (diploma lanjutan).
- Peluang untuk membuka bengkel-bengkel / kelas masakan dan kursus jangka pendek.
- Peluang membuka perniaagaan online (virtual office) di tahap internasional.
- Akademi juga menyediakan kerja sampingan sebagai elaun bulanan sekiranya pelajar berminat untuk mengikuti aktiviti luar katering yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Kuzie Catering iaitu Raja Roslay bin Raja Mazlan atau lebih dikenali sebagai Pak Engku.
- Pelajar berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan VVIP seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet.
- Pelajar juga berpeluang bertemu dengan Artis-artis tanahair seperti Dato Siti Nurhaliza,Aaron Aziz, Fauziah Gaous, Awal Ashari, Scha Al-yahya, Irma Hasmie semasa pelajar menyertai aktiviti katering diluar Akademik.
- Selain itu, para pelajar juga dapat mempelajari cara-cara menyediakan sajian unutk majlis rasmi , majlis perkahwinan dan sebagainya seperti yang dipelajari semasa proses pembelajaran di Akademi Kemahiran Pak engku.
- Akademi juga turut menyediakan kelas-kelas sampingan untuk para pelajar. Antara kelas-kelas yang ditawarkan adalah:-
i) Kelas bahasa :-
Antara bahasa yang di ajar ialah Bahasa Inggeris, Perancis, Arab, Japanese dan sebagainya yang akan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
ii) Kelas penampilan diri(grooming) :-
Pendedahan tentang cara penampilan diri yang betul dari segi pemakaian, cara solekan yang betul, etika diri dan sebagainya.
iii) Kelas agama :-
Kuliah dan tazkirah akan diberikan oleh penceramah yang terkenal dan terpilih pada setiap minggu untuk para pelajar mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.
iv) Kelas komputer :-
Pelajar akan didedahkan kepada teknik-teknik asas komputer dan sistem operasi seperti Microsoft Office, Microsoft Publisher, Adobe Version dan sebagainya.
- Pihak akademi juga ada menyediakan aktiviti-aktiviti riadah kepada para pelajar bagi mengisi masa lapang di hujung minggu. Antara aktiviti yang diadakan adalah aktiviti luar(outdoor) dan aktiviti dalaman(indoor). Aktiviti outdoor seperti rock climbing, flying fox, camping dan sebagainya. Untuk aktiviti indoor seperti bola jaring, futsal, badminton, berkaraoke bersama Pak Engku dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment