PAK ENGKU



Nama : Raja Roslay Bin Raja Mazlan
Nama Panggilan : Pak Engku
Tarikh Lahir : 14 Januari 1960
Graduasi Diploma Hotel & Catering
Minat : Memasak 



“Setiap kejayaan tidak semestinya bermula dengan hanya berbekalkan kepandaian tetapi kejayaan juga boleh dicapai melalui minat dan kemahiran”






Beliau dilahirkan di Kampung Batu Laut, Banting Selangor pada 14 January 1960 dan mula mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Laut. Seterusnya Beliau memulakan pekerjaannya sebagai kerani di Pejabat Exco Negeri Selangor selama 8 tahun. Bermula dari situ, beliau mula berjinak-jinak memulakan perniagaan katering. Pengalaman beliau selama 25 tahun dalam bidang katering membolehkan beliau mendapat kepercayaan untuk mengendalikan majlis-majlis besar dari orang-orang kenamaan, kerajaan dan syarikat korporat. Antara orang kenamaan tersebut termasuk Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Brunei, Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri Besar, Artis dan Selebriti terkenal tanah air. Rajin, tidak mengenal erti putus asa dan gigih berusaha merupakan kunci kejayaan Pak Engku.


Pak Engku telah banyak menerima tempahan untuk majlis-majlis rasmi yang melibatkan pembesar negara dan ahli-ahli koprat seta majlis-majlis tidak rasmi seperti majlis perkahwinan dan majlis keraian. Kuzie Catering telah dilantik menjadi:


  • Katerer Rasmi Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Negara Pada tahun 2011
  • Katerer Rasmi Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri sejak dari tahun 2009,2010 dan 2011
  • Penyajian Makanan Majlis Rasmi & Persendirian Perdana Menteri
  • Penyajian Makanan Majlis Rasmi & Persendirian Timbalan Perdana Menteri
  • Penyajian Makanan Majlis Rasmi & Persendirian Menteri-Menteri Besar
  • Penyajian Makanan Majlis Perkahwinan selebriti terkenal tanah air seperti:

  1. Pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
  2. Pasangan Yusri KRU dan Lisa Surihani
  3. Pasangan Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' Khalid
  4. Pasangan Ning Baizura dan Omar Sharif
  5. Pasangan Diana Rafar dan Zamarul Hisham
  6. Pasangan Fiza (TV3) dan Farhan
  7. Pasangan Khai(AF) dan Rosma(AF)

  • Penyajian Makanan bagi Agensi-Agensi Kerajaan seperti:
  1. Jabatan Perdana Menteri
  2. Pejabat Perdana Menteri
  3. Pejabat Timbalan Perdana Menteri
  4. Kementerian Kewangan
  5. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
  6. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KETTHA)
  7. Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah
  8. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya
  9. Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
  10. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  11. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan
  12. Kementerian Wilayah Persekutuan
  13. Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  14. Kementerian Belia dan Sukan
  15. Kementerian Pengajian Tinggi
  16. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  17. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  18. Kementerian Perlancongan
  19. Kementerian Pertahanan
  20. Kementerian Kerja Raya
  21. Kementerian Kesihatan Malaysia
  22. Kementerian Sumber Manusia
  23. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  24. Kementerian Luar Bandar
  25. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  26. Telekom Malaysia Berhad
  27. Tenaga Nasional Berhad
  28. Menteri Besar Selangor
  29. Pertubuhan Peladang Negeri Selangor Berhad
  30. Permodalan Negeri Selangor Berhad
  31. Tourism Selangor Sdn Bhd
  32. Pusat Pungutan Zakat Negeri Selangor
  33. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
  34. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  35. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam
  36. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
  37. Sistem Televisyen Malaysia (TV3)
  38. Alam Flora
  39. World Wide Wellness
  40. Rumah Bakti
  41. Gardenia
  42. Solar Alert Sdn Bhd
  43. Shell, Petronas, BP, Esso & Mobil
  44. Panasonic, Samsung & LG
  45. Proton, Naza World & Hyundai
  46. Bank Islam, Maybank, & CIMB Bank
  47. Kamdar, Parkson & Jusco

Dengan berbekalkan pengalaman yang luas serta minat yang mendalam terhadap bidang masakan, Pak Engku telah menghasilkan karyanya dengan menerbitkan beberapa buah buku yang mengandungi pelbagai resepi khusus buat peminat Pak Engku sendiri. Antara hasil nukilan Pak Engku ialah:


1.      “Resipi Kenduri Kahwin Pak Engku”, Buku Prima Sdn Bhd. 2009

2.      “Santapan Lauk Pauk Tradisi Pak Engku”, Kreatif Cendana Sdn Bhd, 2010

3.      “Santapan Gulai Tradisi Pak Engku”, Kreatif Cendana Sdn Bhd, 2010

4.      “Santapan Kuih Muih Pak Engku”, Kreatif Cendana Sdn Bhd, 2010

5.      “Direktori Perkahwinan Lengkap Raja Sehari, Eklusif daripada Pak Engku, 

          Kreatif Cendana Sdn Bhd, 2010
6.      “Perancangan Masakan Pak Engku”, Kreatif Cendana Sdn Bhd, 2010

No comments:

Post a Comment