PENGENALAN

AKADEMI KEMAHIRAN PAK ENGKU (L02275) adalah sebuat pusat latihan yang mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dimana ianya melatih dan mendidik pelajar-pelajar mengikut modul yanmenepati  keperluan industri  terkini. Akademi ini melahirkan pelajar-pelajar yang terampil dan profesional serta berdaya saing tinggi. Ianya bernaung di bawah Pak Engku sendiri. 


Akademi Kemahiran Pak Engku menawarkan pelbagai kursus persijilan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dari Tahap 1 hingga Tahap 3 dalam bidang perhotelan khusus untuk para pelajar yang berminat dan berkelayakan. Akademi Kemahiran Pak Engku akan diuruskan oleh seorang pengarah urusan syarikat yang juga merupakan pemilik syarikat dan di bantu oleh pengurus serta tenaga pengajar yang berpengalaman, berkemahiran  dan berijazah.  


Antara matlamat utama Akademi Kemahiran Pak Engku itu sendiri ialah dengan —mengetengahkan perkongsian ilmu masakan Pak Engku yang berkonsepkan masakan Melayu dan antarabangsa. Akademi juga —mahu menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan dapat memenuhi pasaran penyediaan makanan bermutu antarabangsa dan halal


Selain itu,Akademi mahu membentuk dan mengeluarkan pelajar yang aktif dan kreatif yang mengikut kepada kehendak industri semasa. Akademi Kemahiran Pak Engku juga ingin sentiasa berusaha menjadi warga korporat yang prihatin dengan memberi sokongan kepada usaha pembangunan negara serta khidmat komuniti


Melindungi dan memaksimakan nilai insan berkaitan dengan industri penyediaan makanan dan minuman juga merupakan matlamat Akademi Kemahiran Pak Engku dalam melahirkan insan yang berkualiti dan unggul. Di samping itu, Akademi ingin memelihara dan mengekalkan suasana kerja dan pembelajaran yang sesuai bagi warga kerja/pelajar melalui kerja kumpulan dan nilai-nilai di kongsi bersama.

No comments:

Post a Comment