RASANYA semua pengikut dunia seni kenal dengan nama Pak Engku atau nama sebenarnya, Raja Rosly Raja Mazlan. Pemegang Diploma Perhotelan dan Catering ini adalah pengasas kepada Kuzie Catering & Wedding Planner yang di tubuhkan sejak 1994 dan beroperasi di Shah Alam. Dia banyak menghasilkan buku resipi sedap yang mendapat sambutan hangat.
Di kalangan selebriti, Pak Engku memang popular dengan majlis hebat kendaliannya yang diadakan di Serambi Pak Engku yang berlokasi di Bangunan PKPS Shah Alam. Dari majlis perkahwinan untuk orang biasa hinggalah kenamaan serta penganjuran acara artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, semuanya pernah diadakan di sini.
Bagaimanapun, rakan SS yang hadir ke satu majlis yang diadakan di Serambi Pak Engku baru-baru ini, pulang membawa cerita sedih mengenai lokasi gah itu.
Katanya, ketika berbual-bual dengan Pak Engku, tokoh popular ini memberitahu majlis yang berlangsung pada hari itu adalah yang terakhir kerana dia akan berpindah ke Putra Height, Seksyen 28, Shah Alam, selepas ini.

Rakan SS sangat terkejut kerana tempat ini sudah popular dan diketahui ramai. Jadi kenapa pula perlu Pak Engku hendak berpindah?
Selepas dirisik dan dipujuk, Pak Engku bercerita yang dia sudah tidak tahan dengan kadar sewa melampau yang dinaikkan pengurusan bangunan itu. Jadi, tanpa mahu berfikir panjang, dia ambil keputusan angkat kaki.
Kalau orang lain mungkin akan sedih dengan apa yang berlaku, tapi rakan SS nampak Pak Engku memang seorang yang positif. Katanya, apabila berpindah dia nampak jalan lain untuk kembangkan perniagaannya. Dia bercadang buka Akademi Pak Engku untuk mengajar pelajar yang berminat dalam bidang Kulinari dan Pramusaji.
Tambah Pak Engku, pembayaran dan pendaftaran dibuat mengikut sistem Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan akan bermula pada Ogos ini. Ini bermakna, pelajar akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Pendaftaran terbuka untuk mereka berumur 18 hingga 30 tahun dan segala maklumat lanjut boleh didapati menerusi www.kuziekatering.com.my.
Dalam pada itu, dia bercadang mencari dewan yang sesuai sebagai ganti bagi menganjurkan pelbagai acara seperti yang dibuat sebelum ini.
SS mendoakan agar Pak Engku berjaya di tempat baru dan tidak lokek memberikan bantuan yang diperlukan bagi melihat kaum Bumiputera maju dalam perniagaan.

No comments:
Post a Comment