Monday 30 April 2012

Expo Hari Belia Muazam Shah, Kuantan


Artis Popular Malaysia iaitu Dafi Akademi Fantasia(AF) memperkenalkan Akademi Kemahiran Pak Engku semasa Ekspo Hari Belia di Muadzam Shah, Pahang. Dafi yang turut serta pada majlis tersebut telah menghiburkan lebih 5000 pengunjung ekspo berkenaan dengan mendendangkan tiga buah lagu kegemarannya. Di samping itu juga, peminat Dafi tidak melepaskan peluang bergambar bersamanya sebagai kenang-kenangan. Pengunjung yang datang ke majlis tersebut berpeluang untuk berkunjung ke meja pameran Akademi Kemahiran Pak Engku untuk mengetahui dengan lebih lanjut informasi yang berkaitan tentang kursus yang ditawarkan di Akademi Kemahiran Pak Engku. Sambutan yang menggalakan dari penduduk sekitar Muadzam shah, Pahang terhadap ekso terbabit yang bermula sekitar 9 pagi dan berakhir sekitar 4 petang. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai Akademi Kemahiran Pak Engku bolehlah menghubungi kami di talian 03-51915050/8900.

No comments:

Post a Comment