Friday, 29 June 2012

Program Latihan 1 Malaysia
























































Program Latihan 1 Malaysia melibatkan program usahasama antara Akademi kemahiran Pak Engku dibawah pimpinan Kementerian Sumber Manusia yang telah melibatkan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Daerah Rompin, Pahang. Program yang dijalankan selama dua hari itu yang bermula pada 9-10 Jun 2012 telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Rompin, Pahang. Sebanyak lima program yang telah dilaksanakan sepanjang dua hari tersebut iaitu Program Penyediaan Kek, Program Penyediaan Bakeri, Program Penyediaan Puding, Program Minuman Teknik Goncang dan Program Lipatan Napkin dan Meja Hiasan. Peserta yang terdiri dari pelbagai jantina dan peringkat umur yang bermula dari 18 hingga 60 tahun telah menyertai program ini dengan jayanya. Pelbagai ragam dan aktiviti peserta bersama Pak Engku dan Tenaga Pengajar yang lain dapat dirakamkan semasa program ini berlangsung. Tidak ketinggalan juga peserta berpeluang mencuba sendiri membuat atau mengubah resepi yang dipelajari mengikut citarasa masing-masing. Akademi Pak Engku memastikan hanya yang terbaik disampaikan kepada peserta, Berkat ilmu dan tunjuk ajar Tenaga Pengajar ada segelintir peserta yang mahu membuka perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah dan ini selaras dengan hasrat Kementerian Sumber Manusia yang mensasarkan lebih ramai lagi suri rumah yang berkemahiran dan berinovasi tinggi untuk mengubah taraf kehidupan kepada yang lebih sempurna. Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelbagai pihak. Semoga program seperti ini dapat diteruskan demi membantu bumiputera khususnya untuk menjana ekonomi negara ke arah yang lebih drastik. Kepada Penduduk Rompin yang budiman, semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment